Peralatan Memasak

Idea ni Yani dapat sebelum ke China untuk training 3 minggu! Dah lah tempat nya hulu. Well nama tempat pun nama pun Wuhu. Tak jumpa nya Halal restaurant di sana. Have to survive. Since tak dapat bayangkan apa yang ada di sana, Yani pun bawalah peralatan memasak seperti di bawah. Di harap membantu.

Semua ni jangan lupa masukkan di dalam bag / luggage besar, bukannya hand carry ye.

:: Pisau
Sekali ngan sarung penutupnya. Terbaiklah. Bukan mahal pun. Tak sampai RM 3 pun. Oh ini harga June 2015 ye
:: Pembuka tin, peeler
Test dulu baru bawa. Yani dah terbawa yang engineering design fail. So, terpaksa jadi Mc Gyver masa nak buka tin, hu hu. Nak jimat sgt tak nak beli yang ada klip tarik pembuka sardin ngan tin carbonara tu. Buah2an kat sana sangat murah. Kalau bawa peeler tu satu advantage. Beli murah2 peralatan ni then boleh bye2 kalau sudah melebihi had luggage tu atau bawa je yg kat rumah tu lagi baik.
:: Tempat pemotong
Ini penting kalau nak potong sayur, buah2an secara sopan dan kemas. Hmm, beli je pelapik plastik yang hold periuk panas tu. Baru 50 sen, ha ha. Jimat2.
:: Kain buruk atau kain batik
Ini untuk melapik tempat pemotong tadi, boleh digunakan sebagai mitten, atau sebagai saprah meja. Takkan nak guna tuala hotel kot. Nanti kantoi lah kena kuah kari nanti. Kalau kena, so guna je sabun palmolive atau yang hotelnya hand soap tepi sinki tu. InsyaAllah hilanglah warnanya.
:: Sponge dan pencuci pinggan mangkuk
Ni boleh bawa atau beli je kat kedai. Else, beli siap2. So, mesti bersihlah peralatan dan sinki lepas dibersihkan tu.
:: Plastik sampah hitam
Bawa yang kecil dalam 50 rolls, masih murah dan yang besar yang boleh guna masa nak buat saprah atau guna masa nak seludup keluar dari bilik hotel untuk sisa2 makanan.
:: Recycle bag
Ya, guna untuk bawa plastik hitam yang ada sisa2 makanan masakan dsbnya. Cover jgn tak cover. Boleh digunakan masa nak beli belah barangan dapur sebelum masuk bilik nanti. Kalau plastik kecil guna untuk sisa2 makanan.
:: Periuk nasi kecil
Sgt2 membantulah periuk 1.2 L. Bolehlah makan sampai 3 org. Kalau ada 2 atau 3 tingkat lagi bagus. Boleh masak telur, masak nasi, kukus ke dan panaskan lauk dari tin sekali gus. Kalau 1 cup masak dalam 20 minit je dah siap. Ha ha, boleh beli je kat Lazada.my. Kerak nasi pun tak ban yak
:: Periuk kecil, periuk induction cooker, pan elektrik
Untuk masak sup atau menggoreng. Pastikan cari ruang yang takde smoke detector. Ada kawan masak di dalam bilik air tapi guna extension cord lah. Ataupun minta unit bilik untuk smoking, jadi pihak hotel akan disable / tutup pengesan asap. Boleh praktiskan jika anda bersama penginap lelaki. Kalau perempuan minta, pihak hotel akan rasa waswas pula. Pernah Yani bawa periuk ke Australia tetapi tak dapat guna kerana apartment tu menggunakan induction cooker.
:: Mangkuk, pinggan, sudu, garfu, choptick, senduk, cawan, tupperware, cawan, piknik set, shaker
Hmm, kalau takde ni tak jadi masak2 ni. Sila bawa. Kalau tupperware tu bagus untuk bekalan makan tengah harilah. Masa Yani pergi tu dalam bulan puasa. So memang tak ade pack.
:: Getah 
Pelik tapi benar, memang sini takde getah coklat yang kita ikat rambut atau ikat lauk dalam plastik tu. So, bawalah especially masa nak pack lauk berkuah tu.
:: Pewangi bilik
Nak wangi konon, ehem2 sebenarnya untuk buang bau masakan tu. Hik3x

:: Flask air
Sangat berguna untuk anak2 / bayi kecil


:: Plastik kecil ziplock
Sangat sesuai untuk buat ais terutama untuk ruangan peti ais kecil.
:: Clog remover
Kalau anda ingin berhati-hati setelah membuang sisa2 makanan di dalam sinki, anda boleh beli clog remover yang berbentuk seperti lidi berwarna biru. Masalah sinki akan selesai dengan jaya nya.





Akhir sekali, selepas memasak tu, simpanlah semua2 alatan tu di dalam bag dan kunci kemas2. Pastikan cleaner hotel tak suspect kita ni masak ye.


No comments:

Post a Comment