Bag

Pelbagai jenis bag yang Yani rasa sesuai dibawa seperti;

:: Hand bag
:: Laundry bag 
Boleh masukkan baju dan pengganti absorber untuk bag besar (sedihnya bila tengok mereka lempar2 bag kita tu, hu hu)
:: Plastik bag
Untuk baju yang tak sempat nak basuh, sampah sarap
:: Purse / beg duit
Pastikan bag duit tu cukup besar kerana ada negara matawang kertasnya besar berbanding saiz matawang kita
:: Recycle bag
Banyak negara sudah mengamalkan pembelian plastik, so nak jimat dan kukuh, bawalah ia
:: Bag silang
Untuk lebih keselamatan
:: Plastik lutsinar
Untuk pemeriksaan kastam, bungkus plastik lutsinar tanpa perlu mereka membukanya. Kalau dapat plastik lutsinar tebal lebih baik. Baju boleh digulung & dipadatkan dengan mudah dengan plastik tebal jenis ini
:: Bagpack
Untuk simpan lebihan muatan dari beg muatan ke dalam kapal terbang / hopping last minute
:: Luggage scale
Sangat berguna terutama di kaunter penyimpanan beg. Taklah over weight


Sekiranya terdapat stop over flight atau penerbangan lebih dari sekali, asingkan 1 set pakaian dll untuk mengelakkan keresahan sekiranya anda tidak dapat mendapatkan bag apabila sampai kelak. Bagi bag pack, letak barangan yang ringan di bawah untuk ergonomic support belakang anda. Anda boleh membawa back pack menggalas di hadapan untuk keselamatan atau dibelakang dengan menebalikkan holder bag anda supaya kawasan berzip berada di belakang badan anda. Agihkan wang anda di pakaian, bag pack / kawan dll untuk lebih berwaspada. Anda boleh guna cable tie jika tiada padlock.

Ikat ribon / apa2 tanda di beg besar untuk senang dikenal pasti semasa mengambil nanti. Jika ada beg cover untuk elak air hujan lebih baik. Selalunya packlah barangan anda Di dalam plastik.

Tips jimat :: Masukkan beg kecil / luggage Ke dalam beg besar semasa mulakan perjalanan (jimat kos penerbangan / simpan barang dalam kenderaan).


No comments:

Post a Comment