Membasuh pakaian

Kali ini entry tentang nak basuh baju pula. Antara peralatannya adalah;

:: Sabun pencuci 
Semestinya sabun baju tak kiralah yang serbuk pun boleh cecair pun lagi ok. Tapi yang serbuk tu hati2lah sebab kena buihkan dulu, else bertampung baju bila kering nanti.
:: Berus
Ya, penting kalau ada daki2 yang tidak diingini tu. Untuk yang wanita, ehem2. Faham2 je lah. Bukannya tak nak bagi laundry servis, yang dalam2 tu tak perlulah hantar. Sekiranya anda menggunakan recycle cloth pad anda pasti perlu berus lembut & bekas untuk merendam.
:: Penggantung baju berpusing
Sangat menjimatkan ruang di dalam bilik air untuk pakaian2 kecil dan ringan.
:: Hanger 
Bawa jika perlu. Hotel dah sediakan terutamanya bila anda hantar laundry, maka bertambah-tambahlah bilangannya
:: Pengepit baju
Boleh guna untuk sidai tudung, atau pun pengepit pek makanan dsbgnya

Ha.. harap idea2 ni membantu anda ye.


No comments:

Post a Comment