Wednesday, February 15, 2017

Sewa kenderaan atau teksi ?

Pada mulanya, Yani menyewa kereta Kenari kerana Hanya Ada 4 orang penumpang Dan 2 bag besar. Namun, apabila hendak pulang Ke lapangan terbang, rupa-rupanya sudah tidak mencukupi kerana Ada lebihan bag, kotak Dan bag-bag kecil 😥. Macam mana ni ⁉️ Fikir punya fikir, Kami Buat keputusan menyewa sebuah teksi yang Hanya bawa 2 orang. Ha ha 😄. Jimat sangat. Cara ini sangat berkesan untuk penumpang Tak ramai Dan lokasi Ke lapangan terbang tidak jauh. Anda kira-kira kos ya adakah perlu menyewa sebuah kenderaan yang besar untuk muatan penumpang Dan barangan pergi balik Dan kos kenderaan lebih kecil Dan tambang teksi semasa pulang nanti.

Kos jimat adalah RM 178

4 hari 3 malam

Kenari RM 270
Teksi Ke lapangan terbang - RM 32
Jumlah semua RM 302

Jika menyewa Avanza - RM 480


Tuesday, February 14, 2017

Alahai Kereta Kena "Clamp"



Alhamdulillah, Yani dan sekeluarga baru sahaja kembali dari percutian Kuching, Sarawak pada 12hb Februari 2017 untuk 4 hari 3 malam. Malangnya... betul ke malang? Bila difikir balik, ada kebaikkannya. Kereta ditinggalkan di kawasan apartment adik dan diberitahu pada tengahari 12hb bahawa tayar kereta dikapit kerana telah berada lebih masa sepatutnya, tidak meminta izin untuk meletak kenderaan oleh kerana bukan penduduk apartment tersebut. Sesudah membuat bayaran denda, pengapit dibuka dan akhirnya kami dapat pulang bersama-sama beg-beg percutian. Kenapa ada kelebihan setelah apa yang berlaku kes ini?

a. Selamat
Kenderaan berada di lokasi perumahan yang berpagar dan ahli keluarga terdekat / rakan dapat memantau keadaan kenderaan. Selain itu, kenderaan tersebut pastinya tidak akan berubah tempat dan kecurian adalah amat rendah sekali. Biasalah, akan ada penduduk yang berasa kasihan, marah dan pelbagai emosi.

b. Lebih jimat
Jika dibandingkan kadar sewaan di tempat awam seperti tempat meletak kenderaan di perhentian bas, kada adalah RM7 sehari. Jadi jumlahnya untuk 4 hari adalah RM 28. Manakala di tempat meletak kenderaan di kawasan lapangan terbang, kos lebih kurang RM 45 sehari bermaksud RM 180 kesemuanya. Jadi, dengan membayar denda RM 50 untuk 4 hari ternyata Berbaloi!

Namun begitu, kami baharu tahu bahawa pihak pengurusan di apartment tersebut sebenarnya menawarkan kadar sewaan hanya RM 5 sehari! Wow! Lagi jimat. Maka hanya RM 20 sahaja. Tiada masalah lagi selepas ini. Jadi hanya perlu minta izin dan bayar untuk percutian mengembirakan seterusnya! Jom makan angin lagi ☺  

Monday, July 20, 2015

Panduan Travel Bajet

Bagi anda yang ingin travel dengan kos yang rendah, kurang tekanan dan emosi, Yani harap idea-idea ini membantu. Sharing is caring. Nobody perfect ya. Kongsi2kan pengalaman anda juga ye supaya dapat bantu yang lain juga dan Yani update.